Monday 28 September 2015

PROSES PENGENDALIAN PENGURUSAN ISLAM

PERANCANGAN
´Amat penting dalam sesebuah organisasi
´Tanpa perancangan ini sebuah organisasi tidak akan dapat dilaksanakan dengan jayanya.
´Perancangan yang teliti dan berpandangan jauh akan mempengaruhi keberhasilan dan kejayaan sesebuah organisasi
´Perancangan yang teliti juga melambangkan keunggulan sesebuah organisasi terutamanya :
      a) Persediaan menghadapi pelbagai masalah masa depan
ELEMEN PERANCANGAN
´Mengenalpasti sumber yang ada
´Tentukan matlamat atau objektif organisasi
´Tentukan garis panduan untuk mencapai objektif
´Jangka waktu yang ditentukan untuk mencapai objektif
´Falsafah dan prinsip organisasi
´Keseluruhan kegiatan organisasi
PROSES PERANCANGAN
1) Tentukan objektif yang hendak dicapai
2)Analisis suasana dan status semasa yang melibatkan persekitaran dalaman dan luaran organisasi  dan hubungannya dengan matlamat yang hendak dicapai dalam organisasi
3)Mengenalpasti kelemahan organisasi. Antaranya factor atau cabaran yang boleh jadi ancaman.
4) Kemukakan pelan tindakan yang bersifat jangka panjang dan pendek yang dilaksanakan untuk capai matlamat
CONTOH PERANCANGAN DALAM ISLAM
Contoh yang dapat dijadikan sebagai “role model” ialah perancangan Rasulullah ketika menyampaikan dakwah
di Mekah semasa awal kedatangan Islam dan seterusnya mengembangkannya di Madinah

Peringkat Pertama:
Dakwah secara tutup dan sulit
Hal ini diambil kira kekuatan dalaman umat islam ketika ancaman yang bakal diterima daripada golongan musyrikin Mekah.

Peringkat Kedua:
Dakwah secara terbuka dan terangan
Dilakukan setelah umat islam mempunyai sedikit kekuatan dan pertambahan orang yang memeluk islam

  Peringkat Ketiga:
Apabila ancaman terhadap umat Islam semakin kuat
Di Madinah, Rasulullah mendirikan masjid, mempersaudarakan Ansar dan Muhajirin, 
menggubal Piagam Madinah, mendirikan pasar, mengukuhkan Madinah sebagai sebuah
Negara, menjalankan hukum dan peraturan Islam, membina masyarakat dan 
 Negara yang berdaulat, kuat dan dihormati.

No comments:

Post a Comment